Wednesday, May 26, 2010

CROCS: Isu Karut Yang Tiada Penghujung.

 

Okay. Entry kali ni straight to the point. Malas nak cakap banyak macam entry haram pegang anjing dulu tu.

 

Boleh tak jangan jadi bodoh noks? Sebabnya bangsa lain sekarang memandang umat Melayu ni sebagai bodoh. Stereotype. Tuhan bagi akal untuk berfikir. So janganlah membazirkan anugerah yang sangat berharga itu hokay?

 

First of all. Tak payah la nak melatah dengan isu kalimah ALLAH terukir indah kat kasut/sandals berjenama Crocs. Eh uols tak tau ke pasal benda ni nyoi? Harussla yang duduk jauh2 tu dinch tahu. Sebab benda ni hanya umat Melayu Islam jah yang macam kera kena belacan.

 

“OH KALAU BUKAN KITA YANG MELAYU ISLAM NI NAK TEGAKKAN, SIAPA LAGI?” katanya. Pathetic. Kenapa kalau ade isu je, semua melayu yang sentap? Memang yahudi ni anti dengan Melayu ke? Kenapa masyarakat Islam lain not even tahu-menahu pun tentang isu ni? YA. Masyarakat melayu jah yang kene momok-momok dengan benda ini.

 

So apa lagi? Seperti yang telah aku cakap kat facebook, pergi gantung kasut tu kat dinding. Sekali dengan botol Coca Cola yang kononnya ada bertulis Muhammad SAW. Tak payah lagi beli tulisan hiasan khat mahal-mahal dari Dubai, Syria segala.

 

Kalau ada yang kata benda ni kebetulan, NO, YOU ARE WRONG. Sebab benda ini bukan keBETULan tapi keSALAHan. Again, seperti yang aku cakapkan. Perlu ke benda yang tak ada tu nak di ada-adakan?

 

Tak ade kalimah Allah pun kat tapak kaki Crocs tu.

Ade la… Cuba ko check kat Crocs pasar malam.

Oh sorry. Off Road dengan Crocband aku bukan dari pasar malam.

So dah tengok belum?

Dah. Mana ada tulisan Allah? Tak ada huruf ALIF pun?  Suka nak ada kan benda yang tak ada kan? Sama macam logo Coca Cola dulu. Ada pulak main cantum-cantum baru jumpa La Muhammad La whatever entah. Nonsense.

Oh kalau takde huruf alif tu bukan Allah! Tu Lillah!

Oh memula saja menambah-nambah alif. Now nak kata tu Lillah pulak. Cukup-cukuplah membodohkan diri.

Tapi aku was -was la nak pakai dah.

Bodoh. Sapa suruh ko beli yang cap ayam. Tapi motif kau nak was-was segala?

 

Heheh tu perbualan aku ngan kawan aku via instant messenger. Kesian dia kena bodoh ngan aku. tapi aku pon selalu kene bodoh ngan dia wtf. Haha.

 

So tak payah lah nak melatah. Stop jadi paranoid. Yang penting yakin. Kau pakai kasut sebab nak melindungi kaki. Bukannya nak pijak nama Tuhan kau. Dan Allah takkan menghukum hambanya tentang perkara yang tidak diketahuinya.

 

Memang la kita kene kaji something tu dalam-dalam dan jangan main terima jer. HABIS YANG KO TERIMA BULAT-BULAT PROPAGANDA BODOH NI KAU DAH KENAPA?

 

Pening dengan mentaliti Melayu Islam keturunan nenek moyang ni. Asik nek mencari publisiti murahan jah.

 

So kalau memang lambang ORIGINAL CROCS itu TERBUKTI oleh pihak yang BENAR-BENAR ARIF bahawa ianya adalah kalimah ALLAH, barulah kita tahu. Dan jatuh hukum dosa kalau masih pakai kat kaki.

 

Daripada kehulu-kehilir menyalak pasal benda tak ada faedah ni, baik kau pergi menuntut lagi, betulkan bacaan kau dalam solat dan meningkatkan iman. Oh ya. Serulah sekali kepada seluruh kenalan ko supaya sembahyang penuh 5 waktu ya. Almaklumlah. Ko kan pejuang ummah.

 

Wallahualam.

 

P/S = Sangat menggelikan hati masuk page JAHANAMLAH CROCS kat facebook. Macam-macam komen. “BABI CROCS, SIAL CROCS, PUNDEK CROCS” katanya. Islam sangat kan?

 

P/P/S = Nanti ade sapa nak tolong cantum-cantumkan lambang adidas 3 line tu jadi kalimah Allah tak? Boleh buat bahan mencari publisiti tu!

 

P/P/P/S = Sape yang rasa nak buang Crocs kat tong tu baik jangan. Ade kalimah ALLAH tu uols!!!

 

P/P/P/P/S = Kenapa aku kedengaran agak cliche hari ni? LOL. Cliche but true.

 

P/P/P/P/P/S = Sorry tak banyak gambar rajah. Koser noks.

12 charutan:

masturah idrus said...

tenang2..... mara itu api, api itu setan... tenang ye.... :)
dari sudut pandangan lain,mungkin orang melayu terlalu sensitif dengan bab agama yang jelas dari segi fizikal nya. tapi ada satu yang segelintir melayu tak sensitif, melayu seksi meksi di merata-rata tempat. kenapa tiada yg melatah bahkan menyokong? itu yg kite tak tahu.. sekadar pandangan..salam singgah..

amoi said...

sekarang ni isu HARI MELUKIS RUPA NABI MUHAMMAD lak. kena log out segala social network sehari untuk tidak memberi keuntungan kepada pihak yahudi katanya. keuntungan apa yang yahudi dapat kalau takat tengok gambar je kan? kalau kuat iman dan percaya kpd pegangan agama sure tak kan caya apa yang dilukis itu ialah rupa nabi muhammad kan. btw, dulu bukan ke kat wikipedia dah kecoh pasal gambar nabi muhammad ni? hmmm

opss. sorry. off topic lak. *jgn cakap aku bodoh. T.T

btw, aku pun tahu pasal isu crocs ni.heh heh heh.

.:iss:. said...

masturah: ya. tenang je ni. maybe cara penulisan i agak kasar :) tapi i memang macam ni. hoho. betul tu. bukan aurat je. malah solat, zakat dan lain2 yang sah2 RUKUN yang lima.

amoi: hahaha. isu lukis prophet muhammad tu isu global. memang sengaja yahudi buat untuk mengguris perasaan umat Islam global. significant-nyer xyah login fb tu sebab katanya kalau semua Muslim buat gitu, traffic fb jatuh la. KATANYA la.

tapi yg aku nak tekankan disini adalah isu crocs ni. umat melayu je yang melatah lebih2. kesian.

amoi said...

ehehehehehe. aku dah off topic rasanya. abaikan komen aku tadi.haha.

.:iss:. said...

hohoho. noted! :)

Alynn Notnot said...

haaa noks. tu la noks. iols was2, tp iols mmg x pki crocs pun. so was2 ke tak, same je sbb iols mmg x pakai la crocs ni noks.

sorry pnjam bahasa sikit. xD

hellioz said...

u've got what i had in my bloody filthy mind DUDE!

pakai kasut tu bukan sebab nak pijak kalimah tu (if ade) tapi sebab nak jage kaki...

bende tu jugaklah ape yang gwa pk lepas bace sume artikel2 bodo yang paranoid macam bangang.....

HI5!

gyahahahahahahaha~

.:iss:. said...

alynn notnot: noks! iols pakai hokayyy! ade 3 pasang lagik. 2 pasang crocband, sepasang off road. hahaha. koser sangat nak was2 segala hoccayh! hahahaha!

hellioz: I KNOW RIGHT? tak abis2 nak tersentap ke hulu melalak ke hilir! stereotype umat islam melayu. kolot dan pengganas. wtf. haha gimme very hi-5!!! (bak acc hi-5, nak add hahaha)

amoi said...

tetiba iss dengan hellioz boleh jadi adik beradik. haha

.:iss:. said...

hahaha amoi. motip adik beradik???? sape abang sape adik? LMFAO

Fitrihadi.com said...

haha ulasan yang betul2 puas dibaca bila terkena pada yang reka cerita tu..yang mantap pasal join group boikot croc pastu gi sumpah seranah dlm page tu..memang tak islam langsung :p

.:iss:. said...

hahaha. keji kan perangai? padan muka mereka. puas hati :)