Saturday, June 26, 2010

7 Lagu Waktu Aku Sekolah Rendah Yang Membentuk Diri Aku Sekarang. KATANYA.

Merasa. Panjang gila tajuk entry. Hiks. Hoccayh, hari ni iols nak berangan jadi VJ MTV. Matila kau.

 

Sebenarnya nak cerita yang banyak lagu yang mengingatkan kita kepada sesuatu di masa lampau dan terlampau. Banyak juga lagu yang merubah atau membentuk diri kita as we are sekarang ni, sama ada kita sedar atau tidak.

 

So suka di sini untuk iols kongsi dengan uols semua sundels! Sharing is? Loving. Katanya. Okay, TERUS!

 

The Cranberries - Zombie

Lagu masa aku kat tadika, umur 5 tahun. Ingat lagi kami ramai-ramai nyanyi “zohombey… zohombey… zohombey ey ey…” gitoh. Sekali kene terjah dengan ustaz. Ustaz ittiew berkata, “Uols semua ni nyanyi zombie zombie segala neh, paham ker apa maksud zombie ittiew???”.

Kami pun geleng kepala tanda tak tahu. Then dia sambung “ZOMBIE tu hantu noks! Cuba nyanyi… Hantu… Hantu… Hantu… Nak sangat hantu tu datang?” katanya. Sentap noks! Terus weols dinch nyanyi sampailah dah mumayiz. Nanges!

 

Aqua – Turn Back Time

Tahun 1998, darjah 3. Selalu dengar lagu ni kat radio masa tu. Gigih memahami lagu ni masa tu hoccayh. Masa tu aku tak tau Aqua yang nyanyi lagu ni. Nasib baik aku tak tau. Sebab?

Aku benci gila ada satu group ni yang nyanyi lagu annoying nak mampus dan overrated gila babi kat semua media massa masa tu, yakni Aqua dengan lagu annoying dia yang berjudul Barbie Girl. Choy sangat lagu tu! Tapi sekarang macam guilty pleasure plak kalau dengar balik. Hiks.

 

Shania Twain – You’ve Got A Way

Masa ni aku darjah 5. Tahun 1999. Siang malam dengar lagu ni kat radio yang papa iols selalu pasang masa tu. Stesen Light and Easy kot. So sekarang ni setiap kali dengar lagu ni mesti aku akan teringat balik segala perasaan dan life aku masa darjah 5 tuh.

Baru lepas lompat kelas dari darjah 3 naik darjah 5 masa tuh. So perasaan “cuak” sebab kena bergaul dengan seniors pun akan aku terasa setiap kali dengar lagu ni (cuak konon. ptuih. bahahaha). Best lagu ni noks stok layan buat nak tidur.

 

Britney Spears - (You Drive Me) Crazy

Boleh dikatakan step pertama metamorphosis aku menuju kearah kejalangan. Matilah statement. Juga tahun 1999, darjah 5. Ada lah sorang betina jalang ni bawak CD Max datang sekolah pastu sama-sama kami menonton music video Britney ni dalam kelas komputer.

Almaklumlah, iols ngan pompuan tu dah advance masa tu. Ingat tak nok? Siap ponteng kelas mengaji sekolah agama segala semata-mata nak pergi Cyber Cafe main mIRC. How’s that? Bahahahaha! So takde makna nak dengar cikgu kat depan ajar Microsoft Office. WTF. Vleyh?

 

Christina Aguilera – Genie In The Bottle

Masih di tahun yang sama, 1999. Bahaha. Masa ni rumah baru masuk Astro. Dan secara tak sengaja iols tune in MTV, kelihatan muzik video lagu ni tengah bersiaran. Terpana iols melihat Xtina dengan outfit jalang segala bagai.

Tetiba mama iols muncul. Terus dia kata jangan tengok benda-benda macam ni. Vleyh? Aku yang masih terpana dengan Xtina masih meneruskan renungan kat TV sampaila siaran diubah ke CNN or something boring macam tu. Choy!

 

Anggun – Snow On The Sahara

OMG Lagu ni memang segar gila dalam fikiran aku. Selalu dengar on the way nak pergi sekolah dengan perasaan cuak gila. Haruslah cuak. Dahlah takpakai lencana, lepas tu datang lewat noks! FYI, 70% daripada kedatangan aku ke sekolah rendah dulu adalah melebihi pukul 7.50 am. Ala2 mengikut office hour bapak aku.

Hahaha kecik-kecik dah berangan buat macam sekolah bapak sendiri. Tak senonoh! So sepanjang perjalanan ke kelas, aku humming lagu ni. Menarik sangat sound effect “Afrika” kat lagu ni. Melekat segar sampai skarang kat otak aku.

 

Destiny’s Child – Say My Name

Nostalgic gila lagu ni. Masa ni aku darjah 6. Mereka adalah the first ever artists yang aku minat gila-gila. Lagu ni bersejarah uols. Sampai sekarang aku fanatik Beyonce sebab lagu ni punya penangan. Masa tu Destiny’s Child 4 orang.

Start dari lagu ni jugalah aku menonong 24-7 depan MTV nak tunggu video klip dia keluar. Bahaha! Makin menjalang lah kan sebab otak dah rosak menonton boobs and ass sepanjang waktu kat depan tv di usia sementah begitu. Hiks.

 

Bahaha sekian sahaja 7 lagu yang membuatkan aku teringat masa lampau dan membentuk peribadi sahsiah aku sekarang neh. Vleyh? Semua lagu ni masa aku zaman sekolah rendah noks!

 

Nantikan kemunculan senarai lagu sekolah menengah pula ya. Matila kene korek juta-juta koleksi CD yang aku beli sepanjang berada di bangku dan meja sekolah menengah.

 

Ok bye. Nak pegi breakfast. Lapa nok. :nanges:

0 charutan: