Tuesday, June 8, 2010

Review: Apple iPhone 4 – Panggilan Video, HD, Multitasking, etc.

 

iphone4

 

Bertempat di Apple WWDC (Worldwide Developers Conference), iPhone 4 telah berjaya dilancarkan dengan gilang-gemilang sebentar tadi.

 

OK, aku mengalah. Aku terpaksa mengakui bahawa ianya telah berjaya membuatkan aku yang nak memiliki Nexus One mula berpaling tadah terhadap iPhone semula.

 

Apa beza iPhone ni dari iPhone 3G dan iPhone 3GS?

 

1. Video Calls.

  • Dengan hanya satu sentuhan, anda boleh buat panggilan video dengan friends and family, iPhone 4 to iPhone 4 over Wi-Fi.

2. Kamera Hadapan dan Belakang.

  • Kamera belakang 5 megapixels. Dilengkapi dengan LED Flash. Then time tengah buat video call, anda boleh switch dari kamera depan ke kamera belakang bila-bila masa yang anda mahu.

3. Retina Display.

  • Paparan yang super-duper tajam. Apple claim iPhone 4 sebagai telefon bimbit yang mempunya resolusi tertinggi di dunia setakat ini. Pixelnya yang sungguh tinggi langsung tak dapat diamati dengan mata kasar.

4. Multitasking.

  • Boleh main segala mala apps dalam iPhone 4 ni dan switch one to another bila-bila masa tanpa perlu risau soal kelajuan, performance, etc. Katanya la kan?

5. HD Video Recording and Editing.

  • OMG THIS ONE REALLY WOWED ME!!! Lerthops sangat! Bayangkan, shooting video berangan sendiri dalam HD omg best gila. Even kat tempat kurang cahaya pun it really works katanya since ade built in sensor illumination.

6. Nipis.

  • 9.3mm membuatkan ianya smartphone paling nipis setakat ini.

7. Gyro + Accelerometer.

  • More motion gestures and greater precision for an even better gaming experience. Ni untuk gamers la.

8. Microphone + Speakers.

  • Mempunya dua biji microphone. Satu kat bawah, macam biasa untuk calling etc. Satu lagi kat atas tepi. Untuk kelancaran video calls, rakaman dan lain-lain. Juga digunakan untuk buang segala noise dan background sound, menjadikan call anda lebih sempurna dan lancar.

9. Network.

    • Quad band HSDPA dengan keupayaan kelajuan sehingga 7.2 Mbps.
    • 802.11b/g/n Wi-Fi untuk pengalaman Wi-Fi yang curlast.
    • Bluetooth 2.1 dan EDR Wireless Technology.

10. GPS + Compass.

  • Assisted GPS dan digital compass. Ok la tu kot. improvement daripada iPhone dan iPhone 3GS.

 

Yang lain-lain rasanya sama la macam previous iPhone. Oh dan ianya terdapat dua jenis. 16GB dan 32GB flash drive.

 

Harga? $199 untuk 16GB dan $299 untuk 32GB. Memang epic sangatciptaan Apple kali ini. Aku tersangatla ingin memilikinya.

 

Tapi harus diingat! Jangan taksub sangat. Sebab? Kita tak tau lagi apa iPhone 4S / iPhone 5 akan offer lepas ni. Hiks.

 

Almaklumlah, Apple kan amat terkenal dengan kekejamannya yang membuatkan orang dah beli produk dia berasa amat menyesal dan akan membeli produk terbaru. Hampeh jah. So sapa yang baru beli iPhone 3GS, sila menyesal.

 

So how’s that? iPhone 4. Yay or Nay?

 

P/S = Untuk maklumat berkaitan dimension, talk-time, standby time segala, bolehlah checkout kat Apple website ni.

0 charutan: