Tuesday, August 31, 2010

Maksud Tersirat Di Sebalik Lagu Lady Gaga “Alejandro” Konon.

Maka berduyun-duyunlah umat manusia duk sharing-sharing sana sini siap buzz aku lagi tentang artikel yang konon menggemparkan sekalian alam. Tentang isu apa yang menggemparkan sangat Itu? And i was like… WHAT?!!! “KETAHUI MAKSUD DESEBALIK LAGU ALEJANDRO WHORED BY LADY GAGA” katanya!

OMG pingsan!!!

Pingsan haku lepas sekali imbas artikel yang HANGAT tu. Dah la claim “kawan” yang buat research sendiri sehingga terhasil artikel sedemikian rupa. Apa yang ade kat dalam kepala otak dia ketika buat (baca: translate) artikel itu?

First of all, artikel tu adalah hasil COPY PASTE dan TRANSLATE dari vigilantcitizen.com tapi motip berangan macam buat research sendiri? APA SEMUA NI? For the sake of blog rating ke? Kemaruk trafik katanya ni uols.

Secondly, kot ye ko copy paste and translate pun, MOTIF KAU CROP ARTIKEL TU? Motif sangat “penulis” or translator to be exact tuh buang semua ayat asli yang mengatakan tujuan video tu adalah untuk menyesatkan umat Kristian yang tatang Jesus Christ? Kau yang feeling diri kau tu kafir harbi nasrani nak terasa pelbagai, lepas tu nak kelirukan orang lain yang tak paham kebenda?

Maka manusia dari Felda Lurah Bilut yang tak paham kebenda teruslah berduyun-duyun share video tu DENGAN MENGATAKAN PENGKAJI ISLAM TELAH MENJUMPAI SESUATU!  Sedih! Siap sound aku supaya berhenti dengar SEMUA LAGU LADY GAGA dek kerna segala mala occult simbol ittiew. OMG LADY GAGA SAHAJA KE? SEDIHNYA!

What about Jay-Z? Beyonce? Christina Aguilera? Rihanna? Dulu zaman Rihanna keluar lagu Umbrella yang LAGI BANYAK MAKSUD TERSIRAT tu meletop kat tanah Malaya ni, nan hado pulak isu ni naik? Sebab apa? Sebab masa tu kau takde Facebook ke?

Maka sila lah masuk SINI dan baca semuanya. Khatamkan semuanya. Segala mala senarai artis dari class atasan sampailah artis flop, dari US sampai lah K-Pop, semuanya ada. BACA! BANNED! Maka sorga lah tempatmu!

KAU FEELING SANGAT DENGAN BENDA TU KAN? Kau takut sangat IBLIS take over the world kan? IBLIS control mind segala kan? Kau dah kenapa?

Mana pergi Rukun Islam pertama kau? Mana pergi Rukun Iman pertama kau? Kau tak percaya pada tuhan kau ke? Yang kau percaya sangat dengan kebangkitan Iblis menentang kuasa Allah Azzawajalla tu dah kenapa? Nauzubillahiminzaliq!

Hamik ni sedas! SEDAR NOK! WAKE UP!

Sudah! Tak payah nak feeling macam murtad terus ala kene rasuk bila nyanyi lagu Alejandro! BUKANNYE HAKU AGUNGKAN LAGU TU SIAP BUAT RITUAL SEGALA KETIKA MELAYANNYA! CHOY!

Setakat dengar buat hati girang jah! Bukannya aku tatang sampai menyanyi mengikut SEGALA SO CALLED MAKSUD TERSIRAT LAGU TU! Maksud tersirat katanya. Haha. Setiap perkataan adalah doa uols! Maka STOP LISTENING TO ALL SONGS! Even lagu Melayu juga menyesatkan! Believe me.

Tak setuju dengan haku? Fine. Aku dah kena rasuk Lucifer ni! Matilah!!!!

“Mencari segala illuminati thingy dalam setiap perkara boleh disamakan dengan mencari bayang di dalam gelap. Kalau tu yang kau cari, itu lah yang kau jumpa.”

So? Do you still love me? I’m a free bitch, BABY!

P/S = Kesahnya, entry ini adalah kesinambungan daripada entry Azfarul.com ini hoccayh!

P/P/S = Oh ya, wahai paranoid sekalian, jangan nyanyi lagu Gaga lagi tau! Sebab boleh masuk kategori worshipping satan.

P/P/P/S = Jangan guna huruf “t” jugak! Mengangungkan salib tu kaedahnya. Ampun.

0 charutan: