Saturday, August 21, 2010

Panduan Bersahur: Makanan Yang Melambatkan Kelaparan

Katanya! Mampoo? Siap berpandu segala ni! Dah kenapa? Hiks. Berangan sangat! Ok terus!

 

Ye, haku tau. Baru pukul 9 pagi, perut masing-masing dah berapi-api membara serakah kebuluran. Belum masuk tengahari lagi. Karang dah tegak sang suria atas kepala dongga, bertambah-tambah haus katanya. Seluas Lautan Hindi pun mampoo dihirup sekelip mata.

 

Jadi, mari kita mulakan pemanduan sahur edisi berangan iols. Makanan yang iols senaraikan ni memang dah terbukti secara peribadi bahawa ianya amat berkesan untuk melambatkan proses kebuluran di bulan mulia bulan istimewa ini. Katanya. Walaupon. Ok terus!

 

oatmeal QUAKER OAT / NESTUM. Eh hello, aku tak dibayar oleh mereka untuk mengesyorkan ini. Hiks. Tapi memang betul. Kaya dengan serat hokay! Hadaplah dalam semangkuk hayun oat dengan susu tepung di waktu sahur. Niscaya akan ala2 bertahan at least sampai pukul 2 petang. Ok lah tu daripada seawal 8 pagi dah meraung kelaparan khens?

 

 buah kurma KURMA. Currlast. Very the sunnah nabi kan? Harusslah. Makan dalam 7 biji time sahur. Kemanisan buah kurma ni lah yang akan memberi tenaga untuk anda kekal bertenaga sehingga fajar menyinsing. BTW aku benci nak mampos kat iklan kurma Yusop Taiyop. Geleman telinga tegak bulu kaki saat si birah tu bisik “YUSOPPP TAIYOPPP…”. MOTIP BISIK?!!

 

vegetable SAYUR MAYUR. Sayur yang ala-ala lembab nak dihadam neh akan menyebabkan anda lambat berasa lapar. So, sila gigih masak sayur untuk dilantak sewaktu sahur. Sayur tu haruslah rebus. Kalau goreng nanti dia kecut sangat noks! Motip belum masuk perut lagi dah kecut kering separa tercerna?

 

soya beans SOYA BEANS. Gittiew. Bulan remdan ni la tib tib jah soya bean, tau foo fah, tauhu sumbat dan sebagainya laris di pasaran. Tengok jah kat bazaar. Bape banyak kedai jual soya? Khen? Ianya terbukti secara klinikal noks. Memang kekacang ni zat protein mereka lambat diguna pakai oleh badan. So, mari bersoya! Katanya.

 

Apple Orange BUAH-BUAHAN. Haruslah kan? Sama macam sayur tadik. Contohnya sila melantak epal dan oren. Bukan annoying oranges yang perangai macam babi tu. Mampu bertahan dari lapar jugak sebab mengikut buku sains tingkatan tiga iols dulu, buah yang tinggi karbohidrat kompleks ni amik masa 8 jam untuk dihadam hokay! Kalau buku tu menipu, iols pun menipu jugak la kekdahnya.

 

And last but NOT LEAST!

 

plain water PLAIN WATER! Amat amat amat amat amat penting noks! Sila minum secara berterusan dari berbuka puasa sehingga waktu imsak. Biarlah asik terkencing jah. Minum tetap minum. Ini bertujuan untuk membekalkan air yang amat cukup ke seluruh tubuh badan. So masa siang nanti takdelah badan terhidrat sangat!

 

Okay sudah! Itu sajork majlis ilmu kita pada subuh hening ini. Renung-renungkan. Dan selamat ber’amal. Anda buat, anda dapat. Bak kata Ustazah pendakwah bebas popular masa kini. Sekian, wassalamu.

0 charutan: