Sunday, September 12, 2010

4 Mayat Rentung Dijumpai di Tanjung Sepat, Morib: Sosilawati dan 3 yang lain DIBUNUH.

sosilawati dibunuh

UPDATE: Muka depan Mingguan Malaysia esok adalah seperti di atas. Berita di Kosmo KLIK SINI.

 

RTM1, TV3 dan Bernama melaporkan. Nak bukak RTM 1 masa Warta Berita pukul 12am tadi tak sempat. Kalau yang itu tak sempat, sah-sah la Nightline TV3 pun tak sempat.

 

Dekat Twitter pulak sebok sana sini duk RT “Datuk Sosilawati and 3 others found burnt at oil palm plantation in Morib. 6 suspects arrested. Innalillah.”, KATANYA.

 

Untuk mendapatkan penerangan lanjut, aku, Chearmster dan lain-lain pun gigih la tuned in to Bernama TV and Awani. Tunggu punya tunggu, footnote kat dua-dua channel tu mengatakan bahawa “PENEMUAN 4 MAYAT DI TANJUNG SEPAT, MORIB ITU MUNGKIN MAYAT DATUK SOSILAWATI DAN 3 RAKAN etc…” and stay tuned kalau nak tahu perkembangan terkini. Tak confirm lagi lah tu.

 

Tapi berita dari rakanku yakni Phizz88 yang rumahnya di Banting berkata, kat sana ada dua version cerita.

1. Mereka berempat telah dibunuh di pagi raya.

2. Mereka berempat telah dibunuh petang tadi.

Tapi apa yang pasti, keadaan mayat-mayat itu sangat menakutkan sehingga tak kelihatan rupa asal mereka. OMG.

 

SO? Tunggulah 6am esok untuk berita TERKINI. OK BYE.

 

P/S = Dewa Trafik ke aku? OMG 1st time aku beriya buat entry macam gini. Sebab apa? Sebab aku tengok banyak masuk sini datangnya dari blog Chearmster. Taknak kecewakan pengunjung hokkayh! LARIK.

0 charutan: