Tuesday, September 14, 2010

Resdung, Lumpuh dan Piramid Makanan Illuminati di Aidilfitri.

Selamat Hari Raya Ke-5. Hari ini aku belajar sesuatu yang amat berharga. Ianya membuatkan aku tersentak dan berfikir sejenak.

 

“You don’t appreciate what you have until it’s gone.”

 

Ini bukan kisah menghargai orang yang tersayang ke apa. Itu sungguh cliche. Ini tentang sesuatu yang lebih besar. Yakni? NIKMAT KESIHATAN TUBUH BADAN. When it’s gone, IT’S GONE, bitches!

 

Kisah 1. Pergi beraya rumah Mama angkat kepada papa aku. Dua tahun lepas dia menderita sakit resdung. Ada ulat tapi sikit jah kat muka. Hidung dia gatal-gatal so dia tak boleh makan segala-mala makanan yang menggatalkan. Tapi hari ini, guess what?

Dia seperti mayat hidup. Hanya menunggu waktu untuk pergi menemui yang Illahi. Badan hanya tinggal kulit dan tulang walhal sebelum ni sangat gemuk. Mukanya dipakaikan topeng macam topeng Power Rangers dan Ultraman. Sebab? Kepalanya / mukanya HANYA TINGGAL TENGKORAK. Pipi, dahi, hidung, bibir, and even biji mata sekalipun sudah dimakan ulat.

Habis dah nan hado bibir, mcam mana dia nak makan? No, dia dah setahun tak makan apa-apa. Minum pula? Hanya tuangkan ke mulut beliau yang hanya tinggal rahang. Sedih. Keadaan beliau sangat menyedihkan. And yep, aku sendiri seram nak tengok dia. Bukan jijik. Err,  kind of la. Tapi seram dan sangat kasihan. Mari menginsafi diri.

 

Kisah 2. Dua pupu or second cousin aku yang accident awal Ramadan tempoh hari. Accident menimpa satu family, kereta terperosok bawah bas. Bomba terpaksa potong kereta untuk keluarkan mereka yang tersepit. Semua ahli keluarga dia dah sedar dalam masa seminggu. Dia je yang sedar after 3 minggu. Tapi 80% badan tak berfungsi.

Tulang belakang dia lari. Tengkuknya patah. Sedih tengok keadaan dia. Dia sangat pandai. Genius. But now, kematangan beliau lesap akibat kecederaan teruk pada otak. Now, he behave just like a child. Sedih sangat.

Saat aku usap kepala dia, dia genggam tangan aku kuat-kuat. Mata dia sayu. Masa tu aku rasa macam OH GOD PLEASE AKU TAK BOLEH TENGOK DIA. Aku rasa nak nangis sangat tapi kami dilarang oleh doktor untuk menangis depan dia. Kena happy-kan dia sajorks katanya. Kesian dia.

 

Sedih. Kisah satu, Tuhan tarik nikmat sedikit demi sedikit. Penyakit resdung tu boleh dirawati kalau ambil tindakan awal. Tapi dia terhegeh-hegeh. Hujung-hujung?

 

Sentap. Kisah dua, Tuhan tarik nikmat sekelip mata. Daripada sihat, terus tak boleh bergerak. Lumpuh. Walhal masih muda remaja kekar segala.

 

Mari buat ayat cliche. Yeah cliche but it’s true. Alangkah beruntungnya kita masih mempunyai tubuh badan yang sihat. Lincah bergerak ke sana ke mari, petah bertutur itu dan ini, boleh memakan ayam dan nasi, boleh minum air Pepsi dan Sarsi.

 

Tapi hado uols hargai semua ittiew?

 

Food Pyramid Hado mengamalkan pemakanan seimbang?

 

Biarpun bentuk piramid makanan ittiew berbentuk piramid Illuminati. Kau ingat apa? Kalau kau ikut cara pemakanan piramid makanan Illuminati tu, mulut kau dah tak boleh mengucap dua kalimah syahadat ke? Giyts.

 

Ini adalah peringatan keras kepada diri aku. Dahlah family ada penyakit keturunan. Kencing manis dan darah tinggi. Tapi aku sangat kuat manis. Suka melantak manis-manis dan lemak. Once kena migrain dan orang sekeliling kena maki, MERASA! Hiks. Kurangkan gula! Kau nak Kaki kau kena potong?

 

Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat dari iols.

0 charutan: