Saturday, April 16, 2011

Lady GaGa 2nd Single – JUDAS (Siapakah Judas?)



So malam tadi Lady GaGa dah release 2nd single off her Born This Way album which is mutherfuckingly catchy and addictive as hell. Tetapi tahukah anda? Judas tu siapa?

Jap jap. Nak dengar lagu Judas yang music arrangement salint tak tumpah dengan Bad Romance ni boleh klik sini. Play dan download pakai IDM kthnxbai.

 Ok start meroyan.

Judas tu, mengikut kepercayaan kita, adalah Yahudza. Pengikut Nabi Isa a.s yang dengki khianat tu! Aleh-aleh? Kena salib sebab orang semua ingat dia Nabi Isa padahal Nabi Isa dah diangkat ke langit oleh Jibril.

So according to Gospel of Barnabas Bible berikut adalah kisah macam mana Judas khianat dan ditukar rupa dan disalib dan lain lain. Perspektif buku ni setakat yang diketahui tidak bercanggah dengan Islam, boleh digunakan untuk memahami kisah Baginda dalam satu perspektif yang lebih baik dan lebih jelas berbanding dengan perspektif mengelirukan di dalam Bible.

Judas telah mengetuai gerombolan untuk menangkap Jesus kerana ingin menunjukkan tempat Jesus menyorok. Pada waktu itu, Jesus sedang bersembahyang di halaman rumah manakala para sahabatnya sedang nyenyak tidur. Apabila mendengar kedatangan gerombolan tersebut, Baginda telah masuk ke dalam rumah. Ketika itulah, para malaikat yang diketuai oleh Jibril mengangkat Baginda daripada muka bumi dan diletakkan di atas langit ketika dengan ditemani oleh para malaikat.

Judas mengetuai gerombolan memasuki rumah sejurus sebelum askar, mencari-cari Jesus. Pada waktu inilah, Allah telah merubah rupa bentuk dan percakapannya mirip Jesus. Apabila para sahabat terjaga, mereka sendiri menyangkakan beliau adalah Jesus, tetapi dinafikan. Pada waktu itulah para askar datang dan menangkapnya yang disangkakan sebagai Jesus. Judas cuba menafikan dengan menyatakan beliau adalah Judas Iscariot yang mengetuai mereka untuk menangkap Jesus. Mendengar penjelasan sedemikian, para sahabat melarikan diri dan membiarkan Judas ditangkap oleh para askar yang sudah terkeliru.

Judas telah disoal jawab, hingga akhir sekali oleh Herod sendiri. Tindakan beliau yang meracau telah menaikkan kemarahan Herod sehingga beliau dipukul dan dihina oleh para askar, tapi tidak mati. Ketua pendita yahudi yang menyangkakan beliau sebagai Jesus, khuatir beliau akan dibebaskan semula oleh Gabenor P. Pilate [beliau memang meminati Jesus, dan sudah keliru kerana sikap "Jesus" itu berlawanan sekali dengan Jesus yang beliau kenal] telah membayar wang untuk mendapatkan "Jesus". Golongan pendita dan puak Yahudi inilah yang kemudianya yang mengarak "Jesus" ke Gunung Cavalry di mana beliau dipaku kepada palang(cross) secara bogel, bersama-sama dengan 2 orang perompak lain.

Di palang itulah Judas meraung mengulang-ulang perkataan "Eli, eli lama sabathani" (God, why hast thou forsaken me, seeing the male factor has escaped and I die unjustly?). Suaranya memang mirip suara Jesus menyebabkan ramai para pemerhati bahkan para sahabatnya pun keliru melihat kematian "Jesus", sehingga ada yang mula tidak percaya kepada ajaran Jesus kerana Jesus pernah menyatakan bahawa beliau tidak akan mati, sehinggalah dekat dekat dengan hari Qiamat. Para sahabat tetap dengan ajaran Jesus walaupun masih keliru dengan apa yang berlaku, kembali ke rumah masing-masing, di mana penulis(Barnabas) berserta John, James pulang bersama Maryam ibu Jesus ke Nazareth.

Pada malamnya, dua orang pengikut Jesus yang tidak bertaqwa (baca: mungkin taasub) mencuri mayat Judas dan menyembunyikannya, kemudian menyebarkan berita palsu bahawa Jesus telah hidup semula, sehingga menimbulkan lebih banyak kekeliruan. Mendengar cerita begini, Maryam menangis dan berkata :"Let us go to Jerusalem to find my son, I shall diecontent when I see him".

Perihal ini diberitakan kepada Jesus yang berada pada langit oleh para malaikat, lalu Jesus berdoa ke hadrat Allah untuk berjumpa dengan ibu serta para sahabatnya. Allah telah memakbulkan permintaannya, lalu memerintahkan 4 malaikat; Gabriel, Michael, Rafael dan Uriel untuk membawa turun Jesus ke rumah ibunya.

Di sana telah berkumpul para sahabat, Martha, Mary Magdalena dan Lazarus. Di sinilah Jesus menjelaskan perkara sebenar dan menyampaikan beberapa pesanan terakhir kepada para sahabatnya. Baginda juga menjelaskan kekeliruan dan kisah bohong terhadap baginda akan berterusan sehinggalah kebangkitan MUHAMMAD, yang akan menjelaskan hal sebenar.

Jesus juga berpesan kepada penulis (Barnabas) untuk merakamkan semua peristiwa yang berlaku, supaya golongan yang jujur beriman tidak tertipu. Baginda juga menyuruh para sahabat mengumpulkan para pengikutnya untuk pertemuan terakhiri sebelum berangkat semula ke langit pada hari ketiga.

Mereka semua berkumpul di Mount of Olives, beribadat dan menangisi perpisahan yang bakal berlangsung. Antara amanat terakhir Baginda ialah :

"Do ye then hold me and God for liars? For God hath granted to me to live almost unto the end of the world, even as I said unto you. Verily I say unto you, I died not, but Judas the traitor. Beware, for Satan will make every effort to deceive you, but be ye my witnesses in all Israel, and throughout the world, of all things that ye have heard and seen".

Setelah itu baginda diangkat semula ke langit.

Barnabas menamatkan bukunya dengan menyatakan (Bab 222): "After Jesus had departed, the disciples scattered through different parts of Israel and of the world, and the truth, hated, of Satan, was persecuted, as it always is, by falsehood. For certain evil men, pretending to be disciples, preached that Jesus died and rose not again. Others preached that he died, but rose again. Others preached, and yet preach, that Jesus is the Son of God, among whom is Paul deceived. But we, as much as I have written, that preach we to those who fear God, that they may be saved in the last day of God's Judgement. Amen.”

Terima kasih KALIBAT.

Maka beramai-ramailah Christian offended dengan lagu Judas by GaGa ni. Perfect troll, bitch. U MAD? I born this way baby.