Friday, July 22, 2011

Sudah Tiba Masanya Untuk Aku Menutup Blog Ini

Apa yang aku nak taip ni? Entahlah. Jari-jemariku kian galak menari-nari lincah di atas papan kekunci menaip benda alah ini tetapi di dalam kepalaku kosong. Masih sahaja kosong tiada idea hendak menaip tentang apa.

Ya, sudah lama blog ini sunyi pilu berarak mendung kelabu. Entah mengapa. Sehinggakan hendak mengemaskini entry yang senang tahap babi pada tetiap minggu seperti Wordless Wednesday pun seperti tiada mood.

Mungkin sudah tiba masanya. Tiba masanya untuk aku menutup blog ini.

Korang pun tutup jugaklah. Kat atas belah kanan tu. Klik butang X. Sebab entry ni tak ada maknanya pun. Membazir 3 minit kau saja melangut kat sini. Padan muka. Selayaknyalah dengan kau.

Okbai.