Monday, May 14, 2012

Blogger Tahi Beralih Arah Menjadi #TahiTwitter

Hai sundal. So ini adalah entry pertama (YOU DON'T SAY?) blog usang ni untuk tahun 2012 dunia berakhir ini. Seddeyh, dah masuk pertengahan tahun baru nak 1st entry uols. Berikan tepukan yang paling gemuruh. Mak tak dengar. Kuat lagiiiii.

Tepuk bang tepuk. Muka jangan ketat. Nampak sangat kena paksa.

Entry pertama katanya. Mana tak. Masa beredar terlalu pantat pantas uols. Kena ikut peredaran masa jugak dik. Katanya kan, walaupon. Sekarang ni dunia blog ni dah makin menuju ke arah kepupusan. Everything is getting bohh-ring. Dah tiada siapa nak baca kau punya entry tentang:

1. Aww my new boyfriend!
2. SHIT HARINI NAK MERAJUK DENGAN BABY.
3. Hai uols! Iols makan Italiannies hari ni! (Berserta Gambar)
4. Kasut baru saya. 

dan segala mak nenek entry bodoh tentang diri kau. Plus taruk default picture gambar kau bermuncung itik kat tepi tu dengan gambar yang overdosed make up as well as photoshop. 

Muka itik. In case ada sundal yang tak tahu. Memetik dari sumber.

Kerana apa? Kerana gejala yang sendu tersebut telah merebak ke sebuah laman sosial. Ya, terima kasih kepada Twitter. Kini dunia blogging kembali suram dek kerna tiada lagi entry-entry mintak makan kaki.

Maka pabila ummah marhaen berbondong-bondong termasuk yang di atas sudah beralih ke Twitter, timeline anda akan dibanjiri dengan:

1. Hoi aku taknak tahu pasal hidup kau lah babi.
2. Who cares?
3. Ni Twitter aku sukahati akulah nak tweet apa.
4. Biasalah #BBNU.

dan segala bagai caci maki yang kini sudah menjadi asam garam kehidupan di Twitterjaya. Budak-budak baru nak up ni memang bugima. Tweet benda yang langsung tak berfaedah. Tapi followernya sampai beribu juta. Tak percaya tengoklah twitter bebudak sekolah. Bosan dan tiada pengisian. Yang betina heboh dengan gambar itiknya (rujuk gambar di atas). Yang jantan pulak tweet macam budak rempit terencat ejaannya. Geli aku, geli!

Nme caje jantan badan bagak bewketak-kewtak tawpi typez macham ni tao mao kao tark pingshan membacew nyew?

Pengsan, nok. Mak pengsan membacanya. (Tapi terthaps pengsan feeling chantek)

Maka tinggal lah Blogger ini sebatang kara. Kini hanya yang tinggal adalah entry berbunyi:

1. Tutorial cara memakai tudung bawal, patin, pari dan sepat.
2. Tutorial melilit pashmina sehingga terjerut leher lantas mati.
3. Cara jailbreak telefon nokia 3310 anda dengan mudah. (Step by step)
4. Cara memasak kuah lodeh dan asam pedas ikan pari untuk hidangan kucing anda.

dan segala entry lain yang menghajar itu dan ini. So that bila orang google sajor keyword tu, terus masuk kat blog sendu kau. Tak begitu?

Dasar pelacur trafik! Ini makan dia.

Tetapi walaubagaimanapun, terima kasihlah kepada entry tutorial sendu kau kerana ia lah penyebab dunia blogging ini masih bertahan. Not to mention blogger babi yang suka mengiklan sana sini tak tentu hala dan ketika. Termasuk blogger popular yang satu tu heboh suruh join contest itu join contest ini. Kowser.

Sebenarnya aku tak tak tahu apa yang aku bebelkan dari tadi. Ah diam kau.

Kau nak mati jugak ke? Totop molot kau!

Bye.

P/S = Oh ya, jangan lupa follow aku jugak dekat Twitter. Anda pasti takkan menyesal. Aku tak post gambar itik. Babi mungkin.